Waspada Testimoni Produk Kesihatan Yang Tidak Munasabah

TULAR:
461

WASPADA :

Orang ramai diminta berhati-hati dengan testimoni produk kesihatan yang tak munasabah.

Sumber gambar : Facebook

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menasihati masyarakat supaya lebih bijak dalam membuat pilihan dan tidak terpengaruh dengan testimoni yang tidak munasabah.

Menurut Pengarahnya, Dr Zaini Hussin, beliau berharap agar masyarakat mendapatkan informasi serta maklumat lengkap mengenai satu-satu produk sebelum menggunakannya.

Katanya, dalam isu melibatkan kopi yang dicampur cecair peluntur, ia adalah satu tindakan yang tidak relevan dan boleh mengundang bahaya kepada pengguna.

“Ramai penjual yang membuat testimoni yang tidak munasabah. Bukan hanya dalam isu kopi ini malah produk lain juga ada. Secara logik, ia tidak relevan kerana peluntur tidak boleh diminum. Dalam hal ini, penjual perlu mematuhi peraturan makanan yang telah ditetapkan. Pengguna pula jangan cepat terpedaya dengan tertimoni hebat kerana ia hanya gimik pemasaran.”

SUMBER : 

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI