PDRM Abai Pengunaan Bahasa Melayu?

TULAR:
644
Gambar hiasan.Sumber gambar : PDRM

PENJELASAN :

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, memperjelaskan dakwaan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengabaikan pengunaan bahasa Melayu sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, PDRM tetap mengekalkan penggunaan bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi pasukan itu meskipun kini pegawai dan anggota ditekankan untuk menguasai bahasa Inggeris.

Penambahbaikan yang dilakukan pasukan keselamatan itu juga tidak akan sesekali mengabaikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Katanya lagi, usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pegawai dan anggota itu perlu dilaksanakan seiring dengan usaha untuk meningkatkan tahap profesionalisme dan imej PDRM.

“Seperti mana kita sedia maklum pegawai-pegawai PDRM banyak mengikuti kursus di luar negara dan apabila berada di luar negara mereka banyak gunakan bahasa Inggeris. Jadi, adalah wajar untuk kita (PDRM) memberi penekanan kepada pegawai dan anggota untuk menguasai bahasa utama dunia itu. Bagaimanapun, ingin saya tegaskan di sini bahawa segala urusan rasmi dan surat-menyurat PDRM masih dalam bahasa Melayu.”

SUMBER : 

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI