Kereta Nasional Ke-3 Bercanggah Polisi Kurangkan Kesesakan Jalan Raya ?

TULAR:
346

PENJELASAN:

Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri memperjelaskan dakwaan bahawa projek kereta nasional ke-3 bercanggah dengan polisi kurangkan kesesakan jalan raya sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ignatius Dorell Leiking, projek kereta nasional ketiga tidak bercanggah dengan polisi kerajaan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di negara ini.

Ini kerana kerajaan akan meneruskan rancangan menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih efisien untuk mengurangkan kesesakan di samping menjadikan industri automotif lebih berdaya saing.

“Saya yakin dengan menggariskan polisi baharu dan menyediakan pengangkutan awam yang efisien, rakyat akan memilih menggunakan kemudahan awam yang lebih efektif.”

 

SUMBER:

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI