Kementerian Pertahanan Halang SPRM Siasat Kes Rasuah?

TULAR:
684

PENJELASAN:

Kementerian Pertahanan memperjelaskan dakwaan bahawa pihaknya akan menghalang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kes rasuah RM800,000 yang melibatkan pegawai kanan politik sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan akhbar Kementerian Pertahanan Malaysia:

Seperti kenyataan saya di Parlimen sebelum ini dalam siasatan terhadap Kementerian Pertahanan yang diketuai bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Bung, saya juga mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap sesiapa sahaja di Kementerian Pertahanan mahupun di pejabat saya.

Saya juga bersedia memberikan komitmen dan kerjasama penuh kepada pihak SPRM. Bagi saya, tiada kompromi dalam soal integriti.

Sekiranya terdapat apa-apa kes, SPRM bolehlah mendakwa individu yang terlibat mengikut saluran undang-undang sedia ada.

SUMBER:

Facebook Rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI