Terdapat Emel Larangan Penggunaan Terma Sambutan “Hari Kebangsaan” 2018 Oleh KKMM?

TULAR:
2133

PENJELASAN:

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memperjelaskan lebih terperinci berhubung satu emel bertarikh 4 Julai 2018 yang telah dikeluarkan oleh pihak KKMM berkenaan larangan penggunaan terma sambutan “Hari Kebangsaan” 2018.

Sumber gambar: WhatsApp

Menurut kenyataan rasmi KKMM:

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) selaku Urus Setia Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ingin menjelaskan bahawa TIADA LARANGAN penggunaan terma “Merdeka” bagi merujuk kepada sambutan Hari Kebangsaan. Orang ramai boleh menggunakan terma “Hari Kemerdekaan”, “Hari Kebangsaan” dan “Hari Malaysia” untuk mengadakan program-program atau acara berkaitan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi menyemarakkan dan menggelorakan semangat patriotik.

Orang ramai juga digalakkan untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing bagi menzahirkan semangat patriotisme dan menyokong kempen Kibar Jalur Gemilang 2018.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKMM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI