Bayaran Subsidi Jemaah Haji Dimansuhkan?

TULAR:
816

PENJELASAN:

Jabatan Perdana Menteri (JPM) memperjelaskan dakwa subsidi Haji telah dimansuhkan pihak kerajaan.

Sumber gambar: Facebook

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, bayaran subsidi bagi jemaah haji muassasah Tabung Haji (TH) yang menunaikan haji akan dikekalkan seperti tahun ini untuk musim haji tahun depan.

Sesuai dengan asas penubuhan TH untuk memberi khidmat dan memudah cara umat Islam Malaysia menunaikan rukun Islam kelima itu, kerajaan akan memastikan para jemaah tidak akan terbeban oleh kos menunaikan haji.

“Kita subsidikan setiap jemaah haji kita sebenarnya lebih daripada jumlah yang dibayar oleh mereka. Mereka cuma bayar RM9,980 manakala yang kerajaan subsidikan lebih kurang RM12,000 bagi setiap jemaah.”

SUMBER:

Frontdesk


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI