Waspada Keracunan Gas Ammonia Di Shah Alam

TULAR:
3001

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan keracunan gas ammonia berikutan kebocoran tangki gas ammonia yang berlaku di kilang Everest Ice, Shah Alam.

Sumber gambar: Facebook

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor  merujuk kepada satu kejadian kebocoran gas ammonia yang telah dilaporkan media sosial oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Shah Alam Selangor pada 13 Ogos 2018. Kejadian dilaporkan telah berlaku di Kilang Everest Ice, bertempat di Kampung Jawa Shah Alam pada 5.20 pagi bertarikh 13 Ogos 2018. Punca kemalangan masih lagi dalam siasatan.

Setelah menerima makluman mengenai kejadian tersebut, beberapa pasukan perubatan dari empat (4) hospital di Selangor telah digerakkan dengan segera ke lapangan untuk memberikan perkhidmatan perubatan kecemasan. Jumlah pekerja kilang yang terdedah dan berjaya dikenalpasti adalah seramai 27 orang termasuk dua (2) kematian, dan kesemua mangsa telah diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan di lapangan. Seramai 10 orang telah diintubasi, 9 orang diletakkan dibawah pemantauan di hospital dan 6 orang dibenarkan pulang dan telah diberikan pendidikan kesihatan mengenai tanda-tanda keracunan gas ammonia.

Kesemua fasiliti Kesihatan di Negeri Selangor telah dimaklumkan mengenai kejadian ini agar membuat pemantauan serta melaporkan kepada Bilik Gerakan di Crisis Perparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor sekiranya terdapat pesakit yang datang dengan tanda-tanda keracunan gas ammonia.

Kesan keracunan gas ammonia boleh dibahagikan kepada 3 tahap yang berbeza iaitu mild, moderate dan severe. Tanda-tanda keracunan adalah seperti sakit kepala, batuk, kegatalan pada mata, hidung dan drooling of saliva. Ia juga menyebabkan masalah pernafasan disebabkan oleh saluran pernafasan mengecut (bronchospasm) dan edema di paru-paru. Keadaan ini boleh menyebabkan kematian. Orang awam yang mengalami tanda dan gejala keracunan gas ammonia, dinasihatkan untuk segera pergi ke klinik atau fasiliti kesihatan terdekat untuk mendapatkan rawatan.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI