MARA Akan Dipecahkan Kepada Beberapa Kementerian?

TULAR:
257

PENJELASAN :

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memperjelaskan dakwaan bahawa Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan dipecahkan kepada beberapa kementerian sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali , Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak dipecahkan kepada beberapa kementerian seperti didakwa sebaliknya agensi yang ditubuhkan untuk memperkasa sosioekonomi orang Melayu dan bumiputera itu kini diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Ada beberapa pihak yang sengaja menzahirkan keresahan bahawa Mara kini telah dipecahkan dan perkara itu merupakan satu niat jahat yang cuba ditimbulkan untuk menimbulkan keresahan masyarakat.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa Mara yang ditubuhkan dengan objektif utama untuk membangunkan usahawan khususnya golongan bumiputera akan terus dipertahankan oleh kerajaan.

SUMBER : 
Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI