Dakwaan 2 Lokasi Di Kuala Pilah Sebagai Kawasan ‘Hotspot’ Ingkar Arahan PKP Adalah Tidak Benar

TULAR:
944

SEBENARNYA:

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah menafikan dua kawasan di dalam daerah ini dikategorikan sebagai kawasan ‘hotspot’ ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti tular beberapa hari lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, kenyataan itu tidak berasas kerana kepatuhan rakyat di daerah berkenaan terhadap arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) amat membanggakan.

Beliau berkata, selepas 22 hari PKP dilaksanakan, kepatuhan masyarakat kini di tahap 97 peratus dan ia bertentangan dengan kenyataan tular itu.

SUMBER:

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI