Dakwaan Bahawa Kawasan Chemor Terdapat Kes COVID-19 Varian Afrika Selatan Adalah Tidak Benar

TULAR:
460

SEBENARNYA:

Jabatan Kesihatan Negeri Perak menafikan mesej tular di media sosial yang menyenaraikan nama kampung dan taman perumahan dalam Mukim Ulu Kinta di kawasan Chemor didakwa terdapat kes jangkitan Covid-19 varian Afrika Selatan (B.1.351).

Perkara itu disahkan pengarahnya, Datuk Dr Ding Lay Ming ketika ditanya mengenai kesahihan mesej tersebut pada Ahad.

“Berita palsu,” katanya ringkas ketika dihubungi tanpa mendedahkan maklumat lanjut.

Mesej tular itu disebarkan dalam bentuk laporan kononnya disediakan Penghulu Mukim Ulu Kinta Kawasan Chemor bertarikh 15 Mei dan disebar menerusi media sosial terutamanya aplikasi WhatsApp.

Antara kampung dan taman perumahan disenaraikan menerusi mesej itu ialah Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Tawas Tambahan, Taman Chemor Ria, Taman Mas Baru, Desa Chemor Impian dan Taman Klebang Jaya.

SUMBER:

Astro Awani
Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI