Dakwaan Kebocoran Data 17 Juta Dokumen Rasmi MyKad Adalah Tidak Benar

TULAR:
331

SEBENARNYA:

Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN):

Kerajaan menafikan berlakunya kebocoran data 17 juta dokumen rasmi MyKad milik rakyat Malaysia seperti didakwa di media sosial.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pemeriksaan rapi yang dilakukan agensi keselamatan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati bahawa dakwaan tersebut tidak benar sama sekali.

Dalam pada itu, JPN mendapati tiada kebocoran data ataupun transaksi mencurigakan berlaku dalam sistem di JPN. Malah, JPN juga menegaskan tiada sebarang kes seperti demikian pernah berlaku sebelum ini melibatkan sistem JPN.

Kerajaan memberi jaminan bahawa keselamatan data terutama MyKad milik seluruh rakyat Malaysia adalah terjamin dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

SUMBER:

Facebook Rasmi KDN

Instagram Rasmi KDN

X Rasmi KDN

Facebook Rasmi JPN

Buletin TV3

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI