Dakwaan Kerajaan Usir Migran Indonesia Secara Besar-Besaran Sepanjang Tempoh PKP Adalah Tidak Benar

TULAR:
1747

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi Menteri Luar:

Kenyataan Migrant Care (Perhimpunan Indonesia Untuk Buruh Migran Berdaulat) yang mendakwa kononnya Kerajaan Malaysia mengusir rakyat Indonesia secara besar-besaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah tidak benar dan tidak bertanggungjawab.

Kenyataan ini bukan sahaja disangkal oleh Malaysia, malah turut dinafikan pihak berkepentingan Indonesia sendiri;

i. Menteri Luar Indonesia, Ibu Retno Marsudi sebelum ini menyatakan memang akan ada sekumpulan rakyat Indonesia pulang, tetapi beliau tidak menyebut kerana pengusiran.

ii. Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Teuku Faizasyah menegaskan rakyat Indonesia pulang bukan kerana diusir sebaliknya dihantar pulang kerana masuk ke Malaysia tanpa izin sebelum krisis Covid-19.

iii. Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur turut menafikan berlakunya pengusiran.

iv. Koordinator Fungsi Pensosbud Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Johor Bahru, Anang Fauzi Firdaus turut mengakui rakyat Indonesia pulang atas beberapa sebab iaitu tamat tempoh kebenaran menetap dan tiada kerja sepanjang tempoh PKP di Malaysia.

SUMBER:

Facebook Rasmi Menteri Luar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI