Hebahan Maklumat Dari Hospital Segamat Berkenaan Kes Positif COVID-19 Di Daerah Segamat Adalah Palsu

TULAR:
1708

SEBENARNYA:

Pihak Hospital Segamat ingin merujuk kepada mesej berangkai yang tular di aplikasi WhatsApp berkaitan hebahan maklumat Kes Positif COVID-19 Daerah Segamat yang dikeluarkan oleh Hospital Segamat.

Untuk makluman, Hospital Segamat tidak membuat sebarang hebahan berkaitan Kes Positif COVID-19 di setiap kawasan di Daerah Segamat. Pihak Hospital Segamat juga ingin menafikan bahawa sebarang hebahan maklumat berkaitan kes COVID-19 di daerah Segamat yang dikatakan sumbernya diperolehi daripada Hospital Segamat adalah tidak benar.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI