Video Insiden Kes Samun Didakwa Berlaku Di Kedai 99 Speedmart Putatan Adalah Palsu

TULAR:
4772

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang Sabah:

Ibu pejabat ini menafikan kejadian samun tersebut berlaku di Kedai Serbaneka 999 Speedmart Putatan sebaliknya ia video lama yang dikitar semula oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Kejadian samun tersebut dilaporkan di Kedai Serbaneka 99 Speedmart Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor pada 9 Mac 2019. (Repot Polis: Sri Muda/5358/19).

Pihak polis memberi amaran keras supaya berhenti menularkan maklumat palsu menerusi SMS dan media sosial kerana boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Daerah Penampang


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI