Dakwaan Peningkatan Kes Keganasan Rumah Tangga Diterima Melalui Talian Kasih 15999 Sepanjang Tempoh PKP Adalah Tidak Tepat

TULAR:
1548

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM):

KPWKM menafikan artikel dan laporan yang menyebut peningkatan kes keganasan rumah tangga dicatatkan melalui Talian Kasih KPWKM. Artikel yang menyebut peningkatan kes keganasan rumah tangga meningkat sebanyak 57% ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah tidak benar sama sekali. KPWKM ingin menegaskan bahawa peningkatan jumlah peratusan panggilan tersebut merangkumi semua kategori termasuk panggilan berhubung wabak COVID-19, rujukan kes-kes bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, kes kaunseling dan lain-lain.

SUMBER:

Facebook Rasmi KPWKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI