Dakwaan Polis Marang Mengenakan Kompaun Terhadap Individu Atau Kumpulan Yang Berada Di Luar Premis Melebihi Jam 10 Malam Adalah Tidak Benar

TULAR:
1066

SEBENARNYA:

Polis Marang menafikan maklumat tular bahawa mereka menguatkuasakan had masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diwartakan kerajaan dengan mengenakan kompaun terhadap individu atau kumpulan yang berada di luar premis melebihi jam 10 malam.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, pihak polis tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan berhubung perkara tersebut sebagaimana ditularkan sejak Ahad lalu.

Beliau berkata, sebarang tindakan menyebarkan sesuatu maklumat secara palsu sehingga mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat boleh dikenakan tindakan.

Pada Ahad, tular maklumat palsu mengatakan PDRM Marang akan melaksanakan pematuhan PKP dan menguatkuasakan had masa PKP bermula malam Ahad.

Info tersebut turut mengatakan mana-mana individu atau kumpulan yang didapati berada di luar rumah atau premis kediaman melebihi jam 10 malam tanpa alasan munasabah akan dikenakan tindakan dan kompaun mengikut Akta 134.

Berdasarkan maklumat tersebut, nilai kompaun yang akan dikenakan ialah sebanyak RM2,000 hingga RM5,000 bergantung kesalahan.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Daerah Marang

Astro AWANI

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI