Dakwaan Rakaman Video Wanita Bunuh Diri Di Genting Highlands Adalah Video Lama Yang Berlaku Di Luar Negara

TULAR:
6275

Polis mengesahkan tiada kejadian dua wanita membunuh diri dengan terjun dari bangunan di Genting Highlands.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong DSP Mohd Shahril Abdul Rahman, video tersebut adalah rakaman kejadian lama yang tular semula dipercayai berlaku di luar negara sekitar 2017.

Rakaman video berdurasi 29 saat menunjukkan seorang wanita terjun dari bangunan manakala seorang lagi terbaring di jalan raya dipercayai telah terjun terlebih dahulu tular di media sosial dengan keterangan kononnya berlaku di pusat peranginan itu.

Keterangan lain menyatakan kedua-dua wanita tersebut kononnya terjun dari tingkat 18 selepas kehilangan kerja kerana dipecat.

Bagaimanapun, kejadian sebenar video itu dipercayai melibatkan dua beradik yang tinggal di luar negara dan difahamkan mengalami masalah tekanan selama beberapa tahun sebelum kejadian berlaku.

SUMBER:

Bernama
MStar
CNN Indonesia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI