Waspada Mesej Daripada Pihak Tidak Dikenali Yang Menawarkan Peluang Jana Pendapatan Semasa Pandemik COVID-19

TULAR:
2231

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC):

MCMC ingin menasihatkan orang ramai untuk berwaspada terhadap penyebaran mesej daripada pihak tidak dikenali melalui platform WhatsApp atau media sosial, yang menawarkan peluang menjana pendapatan kepada mereka yang terkesan semasa pandemik COVID-19.

Orang ramai adalah diingatkan untuk tidak terpedaya dengan mesej tawaran yang mencurigakan. Pada masa yang sama, elakkan daripada membalas mesej serta klik pada pautan yang diberikan. Padamkan mesej tersebut dan tidak memanjangkannya kepada orang lain.

SUMBER:

Facebook Rasmi MCMC


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI