Dakwaan Terdapat Kes Baharu COVID-19 Di Kuala Pilah Adalah Tidak Benar

TULAR:
1408

SEBENARNYA:

Video berdurasi enam saat yang kini tular di laman sosial Facebook (FB) dan aplikasi Whatsapp berhubung dakwaan kes terbaru positif Covid-19 di Kuala Pilah adalah tidak benar.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, pihaknya menafikan dakwaan itu susulan sehingga kini tiada kes terbaharu jangkitan positif Covid-19 di Kuala Pilah.

Jelas beliau, “Video yang tular itu mengambarkan sepasukan anggota perubatan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) membawa seorang warga emas dengan kerusi roda di Wisma Sentosa didakwa mempunyai kaitan dengan kes positif Covid-19”.

“Ia adalah kes biasa dibawah kawalan Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dan bukannya di bawah Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah,”.

Sementara itu, menerusi rekod Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, setakat jam 12 tengahari pada 18 Mei 2020, tiada kes positif Covid-19 baharu direkodkan di Kuala Pilah, selain tujuh kumulatif kes iaitu satu dimasukkan ke wad, lima kes sembuh serta satu kematian.

SUMBER:

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI