Felda Sahabat, Lahad Datu Tidak Dikenakan Sekatan Pergerakan 100%, Hanya PKP Diperketat

TULAR:
2449

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor menjelaskan, penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Felda Sahabat, Tungku, ditingkatkan berikutan terdapat 11 kes positif COVID-19 yang dikesan sehingga kini di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan berikutan itu sebarang pergerakan keluar atau masuk tidak dibenarkan di Felda Sahabat ketika ini.

Beliau seterusnya menafikan dakwaan kawasan Felda itu akan diisytiharkan sebagai kawasan ‘sekatan pergerakan 100 peratus’ seperti yang tular di aplikasi WhatsApp. Pihak polis cuma mengambil tindakan meningkatkan penguatkuasaan PKP di kawasan Felda berkenaan.

SUMBER:

Astro Awani

Harian Metro

Facebook Rasmi Berita RTM Sabah


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI