Gambar Iklan Kononnya Ketua Menteri Melaka Promosi Produk Untuk Golongan Lelaki Adalah Gambar Yang Telah Diubahsuai

TULAR:
650

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Pejabat Ketua Menteri Melaka:

Berhubung penggunaan gambar YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka yang disiarkan secara tidak bertanggungjawab dalam media sosial, Pejabat Ketua Menteri Melaka menafikan dengan sekeras-kerasnya akan penglibatan YAB Ketua Menteri dengan iklan produk-produk sepertu yang ditularkan.

Gambar asal YAB Ketua Menteri yang telah diubahsuai dan disalahgunakan itu sebenarnya diambil pada Majlis Pencapaian Setahun Kerajaan Negeri Melaka yang diadakan di sebuah hotel di Bandaraya Melaka Bersejarah pada 12 April 2021 yang lepas.

SUMBER:

Facebook Rasmi Pejabat Ketua Menteri Melaka


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI