Video Kononnya Berlaku Kesesakan Bagi Sambutan Merdeka Di Drawbridge, Kuala Terengganu Adalah Video Lama

TULAR:
786

Menurut kenyataan media Ketua Polis Terengganu:

Terdapat beberapa video yang ditularkan di media sosial berhubung kesesakan lalu lintas di kawasan Drawbridge Kuala Terengganu, seolah-olah ada pesta menyambut hari kebangsaan pada malam kemerdekaan.

Sebenarnya, video-video kesesakan di Drawbridge tersebut adalah video dan gambar lama sambutan merdeka yang ditularkan kembali. Begitu juga video Ustaz Abdul Somad yang dirakam semasa mengadakan ceramah di kawasan tersebut (Program Himpunan Daie Ummah Nusantara) pada awal tahun lalu (Februari 2020) sebelum pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Untuk makluman orang ramai, sempena ambang merdeka 2021, PDRM telah mengenalpasti Drawbridge sebagai salah satu lokasi yang bakal menarik perhatian orang ramai untuk apa jua acara, dan tumpuan pemantauan juga diberi di kawasan tersebut.

Pasukan pemantau dari IPD Kuala Terengganu termasuk kereta peronda polis (MPV) dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu bertugas di kedua-dua kawasan tersebut bermula pada sebelah petang 30 Ogos 2021 sehingga lewat tengah malam.

Suasana di sekitar kawasan Drawbridge dan Batu Burok adalah sangat terkawal dan tenang, tidak terdapat sebarang aktiviti berkumpulan di kedua-dua kawasan selepas jam 10:30 malam seperti yang ditularkan di media sosial.

SUMBER:

Fcebook Rasmi Polis Terengganu

Facebook Rasmi Polis Terengganu

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI