Hospital Pendang Lewat Disiapkan?

TULAR:
632

PENJELASAN:

Jabatan Kesihatan Kedah memperjelaskan dakwaan bahawa Hospital Pendang, Kedah lewat disiapkan sepertimana yang dijanjikan sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, pembinaan hospital Pendang berpakar minor yang melibatkan kos lebih RM222 juta akan dilakukan selepas selesai semua proses.

Beliau berkata, “Tender yang dibuka pada 22 Disember lalu bawah Projek Agensi pelaksana iaitu Cawangan Kerja Kesihatan (CKK) membuktikan kerajaan serius untuk melaksanakan projek itu.”

Norhizan berkata, pihaknya perlu memastikan segala aspek diambil kira agar penduduk Pendang menerima manfaat daripada perlaksanaan projek berkenaan.

SUMBER:

Facebook Pengarah Kesihatan Kedah

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI