Rumah Mesra Rakyat Dibina SPNB Gagal Disiapkan Dalam Waktu Dijanjikan?

TULAR:
1248

PENJELASAN:

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memperjelaskan laporan bahawa Rumah Mesra Rakyat (RMR) seorang pemohon gagal disiapkan dalam waktu yang dijanjikan, sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut SPNB, Rumah Mesra Rakyat (RMR) milik seorang pemohon dari Kampung Telok Mas telah gagal disiapkan berpunca dari masalah kontraktor yang dilantik menarik diri akibat masalah dalaman syarikat, dan pihaknya kini dalam proses melantik kontraktor baru dan rumah pengadu terbabit dijangka mula dibina pada Mac 2018.

SPNB percaya pembinaan tersebut akan disiapkan sebelum tempoh akhir yang dibenarkan pada Mac 2019 iaitu 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak.

“Pemohon telah diberi penerangan dan penjelasan sewajarnya berkenaan perkara ini,” katanya sambil menambah  bahawa pengadu berpuashati dengan penerangan serta tindakan penggantian kontraktor baru yang sedang dijalankan oleh pihak SPNB.

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI