Ibadah Umrah DIY Merupakan Kesalahan Di Bawah Undang-Undang Arab Saudi?

TULAR:
691

PENJELASAN:

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) memperjelaskan laporan bahawa pelaksanakan ibadah umrah secara persendirian atau ‘Do it Yourself’ (DIY) adalah  merupakan kesalahan di bawah undang-undang Arab Saudi sepertimana yang tular di media sosial.

 

Menurut Timbalan Menteri Pelacongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, kerajaan Arab Saudi mewajibkan semua jemaah untuk berdaftar dan diurus oleh syarikat pengendali umrah sah yang dikenali sebagai muassasah.

Menurut beliau, “Pelancong yang dikategorikan sebagai Free Independent Traveler (FIT) (pengembara bebas) ini tidak terpakai bagi tujuan umrah. Mereka boleh ditahan pihak berkuasa Arab Saudi kerana umrah DIY adalah salah di sisi undang-undang negara itu.”

SUMBER:

Sinar Harian

Portal Berita KPDNKK


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI