Petanda Gempa Bumi Dan Tsunami Di Lautan Hindi?

TULAR:
1378

PENJELASAN:

Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) memperjelaskan dakwaan kononnya terdapat petanda yang menunjukkan bahawa gempa bumi dan Tsunami akan berlaku di Lautan Hindi sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut MMD, belum ada kaedah saintifik untuk meramal bila dan di mana akan berlaku gempa bumi. MMD mempunyai rangkaian pemantauan gempa bumi dan tsunami yang lengkap termasuk data antarabangsa seperti pautan data dengan pusat-pusat pemantauan gempa bumi di Indonesia, India dan Australia yang memantau aktiviti seismik di Lautan Hindi.

Justeru, MMD berupaya memberikan maklumat gempa bumi dan amaran awal tsunami sekiranya berlaku kejadian gempa bumi. Berdasarkan pemantauan yang terkini, tiada aktiviti seismik yang signifikan berlaku di Lautan Hindi.

SUMBER:

Jabatan Meteorologi Malaysia

Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia

Bernama

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI