Lima Kategori Petugas Awam Yang Bertugas Ketika PRU Boleh Mengundi Pos?

TULAR:
1729

PENJELASAN:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperjelaskan laporan bahawa anggota bomba dan petugas kesihatan akan diberikan kebenaran untuk mengundi secara pos.

Gambar hiasan. Sumber gambar : laman kerjaya

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) yang bertugas ketika pilihan raya umum (PRU) antara lima kategori yang akan dibenarkan mengundi secara pos pada PRU akan datang.

Perkara itu diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mesyuaratnya pada 25 Sept lepas yang menetapkan lima kategori di bawah skim anggota keselamatan dan kesihatan sebagai pengundi pos.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dalam satu kenyataan berkata selain anggota JPBM, kemudahan turut merangkumi anggota dan petugas kesihatan (hospital dan klinik kerajaan sahaja), anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, anggota Jabatan Penjara Malaysia dan anggota Sukarelawan Polis.

SUMBER:

Astro Awani

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI