Iklan Jawatan Kosong Dan Temuduga Pengambilan Pekerja Pada 8 Mei 2020 Untuk Pasar Borong Selayang Adalah Palsu

TULAR:
3980

SEBENARNYA:

Menurut Siaran Media Majlis Perbandaran Selayang:

Majlis Perbandaran Selayang ingin menafikan tentang penyebaran satu iklan yang disebar luas melalui aplikasi WhatsApp dan laman media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Iklan tersebut memaklumkan bahawa satu temuduga pengambilan pekerja untuk Pasar Borong Selayang akan diadakan pada 8 Mei 2020 di Dewan Sri Siantan Jalan Sungai Tua bermula jam 2 petang.

Untuk makluman, MPS tidak menerima dan meluluskan apa-apa permohonan untuk aktiviti temuduga pekerjaan di Dewan tersebut. Semakan yang dibuat ke atas nombor yang disertakan di dalam iklan tersebut juga didapati tidak aktif dan tidak dapat dihubungi.

SUMBER:

Facebook Rasmi Majlis Perbandaran Selayang


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI