Jabatan Perumahan Negara Tidak Terlibat Dalam Permohonan Sumbangan Oleh ‘Majlis Kebangsaan Kesatuan Pekerja-Pekerja Kerajaan Malaysia’

TULAR:
1393

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT):

Jabatan Perumahan Negara (JPN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menerima aduan dan pertanyaan daripada orang awam mengenai kesahihan notis permohonan sumbangan daripada Majlis Kebangsaan Kesatuan Pekerja-Pekerja Kerajaan Malaysia.

Jabatan ini ingin memaklumkan bahawa kakitangan JPN, KPKT tidak terlibat dengan sebarang permohonan sumbangan untuk tujuan aktiviti atau program termasuk tajaan majalah yang akan dikeluarkan oleh satu badan yang dikenali sebagai Majlis Kebangsaan Kesatuan Pekerja-Pekerja Kerajaan Malaysia (MKTR).

Jabatan ini juga menafikan bahawa pemohon sumbangan adalah kakitangan awam di Jabatan ini, pernyataan seperti di dalam borang permohonan sumbangan bagi tajaan tersebut adalah tidak benar. Selain daripada itu, hasil semakan mendapati bahawa Naib Presiden yang bernama Tn. Hj. Nordin bin Abd Rahman seperti yang tertera di dalam surat tersebut juga adalah bukan kakitangan JPN, KPKT.

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dinasihatkai agar tidak terpedaya atau tertipu dengan permohonan sedemikian. Sebaliknya orang ramai diminta untuk merujuk kepada laman sesawang rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di https://kpkt.gov.my dan Jabatan Perumahan Negara di https://ehome.kpkt.gov.my bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai aktiviti JPN, KPKT.

SUMBER:

Facebook Rasmi KPKT Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI