Jalan Simpang Pulai – Blue Vallet FT185 Masih Selamat Dilalui

TULAR:
2831

Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia:

JKR Malaysia mengambil berat berkenaan isu yang tular di media sosial bertarikh 4 Ogos 2020 berhubung kandungan Facebook berkenaan foto dan kenyataan kegagalan cerun di Jalan Simpang Pulai – Blue Vallet, FT 185 Seksyen 44.10.

JKR ingin memaklumkan bahawa jalan di lokasi tersebut selamat untuk dilalui oleh pengguna jalan raya berdasarkan keadaan struktur ‘Pile Raft’ jalan yang kukuh serta pemantauan berterusan oleh pihak JKR menggunakan ‘Robotic Total Station’. Kerja-kerja pembaikan jangka pendek dan panjang juga sedang dan akan dilaksanakan mengikut jadual.

Sebagai makluman, lokasi Jalan Simpang Pulai – Blue Vallet, FT 185 Seksyen 44.10 Daerah Kinta, Perak ini telah mengalami kejadian runtuhan cerun (‘downslope’) pada 31 Oktober 2018 ketika musim hujan. Runtuhan cerun ‘downslope’ seluas kira-kira 7525.00m² ini dikesan berpunca daripada hakisan air hujan dan keadaan muka bumi yang merupakan kawasan lembah.

Jajaran jalan ini terletak di atas ‘Pile Raft’ yang dibina sepanjang 250 m (CH180-CH430) dimana ditanam di dalam batuan dan selebihnya dilindungi oleh ‘Tiedback Wall’.

Tambahan pula, mengikut perkiraan rekabentuk, struktur ‘Piled Embankment’ ini mampu bertahan walau runtuhan merebak ke bawah struktur.

Tindakan jangka pendek yang telah dijalankan di tapak adalah seperti berikut:

a) FT 185 Sekseyn 43.95 Tembok penahan ‘Tie Back Wall’, ‘Soil Nail’ dan ‘Gunting’ sepanjang 45.0m panjang.

b) FT 185 Seksyen 44.00 Tembok penahan ‘Tie Back Wall’ dan juga ‘Micropile With Slab’.

Tindakan jangka panjang melalui kerja pembaikan kekal telah dirancang bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya adalah menggunakan kaedah jenis ‘Contiguous Bored Wall with Anchor’. Kerja-kerja pembaikan kekal ini akan dilaksanakan sejurus peruntukan diterima.

Alat pemantauan pergerakan cerun secara automatik, iaitu ‘Robotic Total Station’ juga telah sedia dipasang di lokasi untuk mencerap data dari enam (6) unit ‘prism’ yang terletak di sepanjang struktur tembok penahan. Di samping itu, dua (2) bilangan tolok hujan juga telah dipasang bagi memberi petunjuk hubungkait antara kestabilan cerun dengan kadar keamatan hujan.

SUMBER:

Facebook Rasmi JKR


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI