Arahan Menggesa Supaya Ibu Bapa Dan Pelajar Yang Beraya Di Daerah Kubang Pasu Jalani Ujian Saringan COVID-19 Adalah Palsu

TULAR:
2353

SEBENARNYA:

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

KKM ingin merujuk kepada berita palsu yang tular melalui media sosial mengenai arahan bagi ibubapa dan pelajar yang telah bercuti di daerah Kubang Pasu, Kedah untuk menjalani saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan yang berdekatan. Ingin dimaklumkan bahawa pihak KKM tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan rasmi sepertimana yang tular.

Seperti yang diumumkan oleh KKM, individu yang perlu menjalani saringan COVID-19 adalah:

  1. Mereka yang mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19;
  1. Penduduk yang berada di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran iaitu di:
    • Radius 1 kilometer daripada Restoran Nasi Kandar Salleh, Pekan Napoh (Mukim Hosba, Kubang Pasu);
    • Kampung Pida Satu, Megat Dewa (Mukim Ah, Kubang Pasu);
    • Kampung Bendang Dalam (Mukim Binjal, Kubang Pasu);
    • Kampung Ulu, Padang Sanai (Padang Terap);
  2. Mereka yang berkait rapat dengan kedai makan yang terbabit dalam Kluster PUI Sivagangga, misalnya:
    • Pelanggan atau orang yang singgah makan; atau
    • Berurusan dengan kes indeks kluster ini atau dengan pekerja-pekerja di kedai makan tersebut dari 13 Julai 2020 sehingga 27 Julai 2020;
  3. Mereka yang mempunyai gejala demam atau gejala saluran pernafasan.

Individu-individu seperti di atas perlu segera menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan untuk menjalani saringan COVID-19. KKM akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam menangani isu ini bagi memastikan arahan yang dikeluarkan adalah sahih dan tepat.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM

Facebook Rasmi KP Kesihatan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI