Skim MyDeposit Telah Ditutup Mulai Tahun 2018

TULAR:
2254

SEBENARNYA:

Menurut Pernyataan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT):

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perumahan Negara ingin membuat pernyataan bahawa permohonan bagi Skim MyDeposit telah ditutup mulai tahun 2018.

Penularan berita mengenai pembukaan atau pendaftaran Skim MyDeposit dalam media sosial atau apa-apa saluran lain adalah tidak benar.

Orang ramai digalakkan untuk merujuk laman sesawang https://teduh.kpkt.gov.my/project bagi mendapatkan maklumat tepat yang terkini mengenai skim-skim perumahan KPKT.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Perumahan Negara


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI