Dakwaan Bahawa Kejadian Banjir Akan Mengalami Gelombang Ketiga Susulan Pengepaman Air Empangan Keluar Adalah Tidak Benar

TULAR:
531

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Batu Pahat :

1. JPS Batu Pahat menafikan dakwaan melalui satu (1) rakaman nota suara yang memaklumkan kejadian banjir akan mengalami gelombang ketiga susulan pengepaman air empangan keluar untuk menjaga kestabilan struktur empangan.

2. Pelepasan air empangan dilakukan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) pelepasan air empangan dan tiada pengepaman air menggunakan pam besar seperti ditularkan dalam rakaman nota suara. Sila rujuk di laman web publicinfobanjir.water.gov.my untuk keadaan terkini aras sungai di daerah Batu Pahat.

SUMBER:

Facebook Rasmi JPS Batu Pahat


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI