Penjelasan Berkenaan Dakwaan Terdapat Isu Kebocoran Data Pembayar Cukai

TULAR:
595

Menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL):

HASiL ingin menarik perhatian umum berhubung dengan dakwaan isu kebocoran data pembayar cukai yang sedang tular di platform media sosial pada hari ini. Antara dakwaan yang diterima ialah segala maklumat peribadi pembayar cukai boleh dicapai dengan mudah melalui platform MyTax. Sehubungan itu, HASiL ingin menegaskan bahawa kerahsiaan data pembayar cukai di platform MyTax adalah selamat dan terjamin kerana ia diindungi oleh teknologi keselamatan data yang diiktiraf.

HASiL amat memandang serius berkenaan isu ini dan meletakkannya sebagai keutamaan (priority) yang tertinggi dalam usaha meningkatkan keyakinan serta kepercayaan pembayar cukai terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh HASiL dalam urusan pentadbiran percukaian. Oleh yang demikian, HASiL akan terus berusaha menambahbaik mutu perkhidmatan dan bertindak secara proaktif dan telus bagi menangani isu ini.

SUMBER:

Facebook Rasmi HASiL


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI