Dakwaan Kejadian Jambatan Runtuh Dan Dihanyutkan Di Johor Adalah Tidak Benar

TULAR:
778

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Polis Kontinjen Johor :

Polis Kontinjen Johor telah mengesan satu video tular di aplikasi TikTok “naturelikeit” pada 12 Disember 2022 berdurasi 20 saat berkait dengan kejadian jambatan runtuh dan dihanyutkan arus.

Polis Kontinjen Johor mengesahkan kejadian tidak berlaku di negeri Johor dan dipercayai telah berlaku di luar negara.

Polis Kontinjen Johor menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan berita atau mesej palsu yang boleh mendatangkan ketakutan dan kegusaran kepada masyarakat. Mana-mana pihak yang menyebarkan berita atau mesej palsu boleh diambil tindakan dibawah undang-undang yang berkuat kuasa.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Johor
Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI