Penjelasan Berkaitan Dakwaan Tanah Runtuh Di Kawasan Pembangunan Bandar Lahat Mines

TULAR:
408

Menurut kenyataan Majlis Bandaraya Ipoh:

Berikutan penyebaran video tik tok berkenaan dakwaan tanah runtuh di kawasan pembangunan Lahat Mines dimaklumkan bahawa penyebaran video tersebut adalah tidak benar yang mana tidak berlaku apa-apa kejadian tanah runtuh di kawasan Waterfrontcity, Lahat Mines.

Pihak syarikat telah membuat laporan polis terhadap pemilik akaun tik tok berkenaan di atas kenyataan palsu itu kerana boleh menyebabkan terjejasnya nama syarikat dan penjualan rumah mereka.

Dimaklumkan juga terdapat rekahan kecil tanah yang berlaku di kawasan pembangunan tersebut dan oleh kerana pembangunan masih dijalankan, kerja-kerja pembaikan dan pemulihan cerun sememangnya sedang dijalankan secara berperingkat mengikut perkembangan projek.

Pihak konsultan telah sediada dilantik oleh pihak syarikat bagi memberi nasihat dan memaklumkan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan cerun yang sesuai dilaksanakan misalnya dengan teknik-teknik penjagaan cerun seperti secara ‘Hydroseeding Centrosema Pubescens’ ‘Berm Drain” Casket Drain’, ‘Pump Sump’, ‘Water Discharge System’ dan pembinaan parit saliran yang sesuai bagi pengaliran air bagi hakisan mengelakkan hakisan tanah dari berlaku lagi.

Pembinaan-pembinaan ini sedang dijalankan sejajar dengan pembangunan pemajuan yang telah diluluskan.

SUMBER:

Facebook Rasmi Majlis Bandaraya Ipoh
Berita Harian
Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI