Memo “Penutupan Sementara Sebarang Aktiviti Pelancongan Di Perairan Timur Sabah” Adalah Dokumen Palsu

TULAR:
488

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah:

Merujuk kepada satu memo bertajuk “Penutupan Sementara Sebarang Aktiviti Pelancongan Di Perairan Timur Sabah”, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah menafikan sepenuhnya pernah mengeluarkan arahan sedemikian.

MKN Sabah ingin menegaskan bahawa memo tersebut adalah dokumen palsu dan tidak benar sama sekali.

Justeru, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa merujuk sumber sahih berkaitan situasi keselamatan di Negeri Sabah dan tidak berkongsi berita palsu yang boleh menggugat keselamatan negara melalui mana-mana saluran.

SUMBER:

Facebook MKN Negeri Sabah


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI