Dokumen ‘Perintah Segera Dari Ibu Pejabat Mahkamah Persekutuan Malaysia’ Adalah Dokumen Palsu

TULAR:
830

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Badan Kehakiman Malaysia :

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia ingin memaklumkan bahawa dokumen yang bertajuk PERINTAH SEGERA DARI IBU PEJABAT MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA ini adalah merupakan dokumen palsu dan ia adalah satu bentuk penipuan (scam) yang menggunakan nama dan identiti Mahkamah.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan. Sila buat laporan kepada pihak berkuasa jika terdapat pihak yang menyamar menggunakan identiti Mahkamah.

SUMBER:

Facebook Rasmi Badan Kehakiman Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI