Penjelasan Video Menghina dan Memfitnah PDRM Oleh Penceramah Agama

TULAR:
902

Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM):

PDRM mengesan penyebaran satu klip video berdurasi 55 saat yang kembali ditularkan melalui media sosial. Klip video tersebut memaparkan seorang penceramah agama mengeluarkan kenyataan menghina dan memfitnah warga PDRM ketika menyampaikan ceramahnya dengan mendakwa polis tidak sembahyang Jumaat serta menggelarkan anggota polis sebagai “bodoh” kerana membuat tugasan perangkap had laju di jalan raya.

Semakan mendapati klip video berkenaan adalah rakaman pada tahun 2016. Rekod menunjukkan penceramah terbabit telah dituduh di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (Fitnah) di Mahkamah Majistret Barat Daya, Pulau Pinang pada 26 Ogos 2016 dan dijatuhi hukuman denda sebanyak RM7,000.

Orang ramai diingatkan agar sentiasa berhati-hati ketika memberi sebarang kenyataan dan tidak mengeluarkan ucapan berunsur fitnah yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI