Tiada Kejadian Letupan Atau Kebakaran Melibatkan Sebuah Tren MRT Laluan Kajang

TULAR:
137

SEBENARNYA:

Menurut Kenyataan RapidKL:

Pada jam 06:13 petang, sebuah tren bernombor 28 telah dikeluarkan dari perkhidmatan di stesen Taman Mutiara kerana didapati telah menyebabkan alarm kepada sistem bekalan kuasa trek mrt di stesen berhampiran.

Insiden ini juga menyebabkan atau menghasilkan “bunyi spark” seperti yang dilaporkan. Tiada sebarang letupan atau kebakaran.

Atas faktor keselamatan, tren tersebut telah dikeluarkan daripada perkhidmatan dan penumpang telah diminta untuk menaiki tren berikutnya yg tiba di Taman Mutiara.

Tren ini akan dibawa pulang ke depoh selepas tamat waktu operasi bagi pemeriksaan terperinci.

SUMBER:

Astro Awani

Facebook Rasmi RapidKL

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI