Produk Buah-Buahan Dalam Tin Keluaran Negara Thailand Tercemar Dengan Pembawa Virus AIDS Adalah Tidak Benar

TULAR:
464

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

KKM menafikan tentang maklumat yang tular di aplikasi WhatsApp berkenaan buah-buahan dalam tin keluaran negara Thailand yang menyatakan bahawa 200 orang pekerja kilang tersebut dijangkiti AIDS, dan terlibat dalam proses pengetinan yang turut dikatakan telah dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan di Indonesia.

Menurut KKM di laman Facebook maklumat yang telah tular itu adalah palsu dan diminta untuk tidak disebarkan sehingga mendapat pengesahan lanjut .

Semakan pihak MCMC juga mendapati isu tular tersebut adalah isu kitar semula yang pernah tular sekitar tahun 2017 dan 2018. Artikel lanjut di pautan Artikel tahun 2017 dan 2018.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI