Jangkitan Koronavirus 2019-nCoV Di Hospital UIA Kuantan?

TULAR:
2266

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat satu kes jangkitan 2019-nCoV dikesan di Hospital UIA Kuantan.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang:

Siasatan pihak kami mendapati pesakit yang terlibat telah menerima rawatan di Hospital UIA Kuantan dan mendapat jangkitan virus Corona yang biasa. Pesakit adalah warganegara Malaysia dan tiada kaitan dengan perjalanan ke Wuhan mahupun China dalam tempoh 14 hari sebelum beliau sakit.

Sehingga 27 Jan 2020, tiada sebarang kes yang disyaki mengalami jangkitan Novel Coronavirus yang dimasukkan ke mana-mana hospital di negeri Pahang. Semua ujian makmal bagi tujuan pengesahan dilakukan oleh dua (2) makmal, iaitu Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK).

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI