JPJ Tidak Memiliki Akaun TikTok ‘@jpjebidofficial’

TULAR:
400

SEBENARNYA:

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ):

JPJ mengambil berat isu tular mengenai penjualan nombor pendaftaran dan penggunaan logo JPJeBID melalui platform TikTok.

Untuk makluman Jabatan ini tidak mempunyai akaun TikTok @jpjebidofficial serta mengeluarkan apa-apa risalah berhubung penjualan nombor pendaftaran seperti di akaun tersebut.

Penggunaan logo rasmi Jabatan tanpa kebenaran adalah suatu kesalahan dan Jabatan ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan logo rasmi Jabatan.

Dalam hal ini, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dan menghubungi JPJ berdekatan untuk maklumat yang lebih tepat. JPJ sentiasa komited dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan jalan raya demi kesejahteraan orang awam khususnya pengguna jalan raya.

Saluran aduan http://jpj.spab.gov.my/eApps/system/index.do

SUMBER:

Facebook Rasmi JPJ


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI