Kakitangan Maybank Cawangan Taman Connaught Dan Kompleks Bandar Positif COVID-19 Adalah Palsu

TULAR:
1171

SEBENARNYA:

Hasil semakan dan penelitian pihak MCMC mendapati bahawa dakwaan kakitangan Maybank cawangan Taman Connaught dan Kompleks Bandar, Jalan Klang Lama adalah palsu.

Berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Maybank, pihak Maybank menjelaskan bahawa salah seorang pekerja di setiap cawangan disyaki mempunyai kontak rapat dengan orang luar dan mereka telah disaring. Hasil saringan mendapati bahawa kedua-dua kakitangan tersebut adalah negatif daripada COVID-19.

Cawangan-cawangan tersebut telah ditutup untuk tujuan sinitasi sebagai langkah berjaga-jaga demi kepentingan keselamatan dan kesihatan para pelanggan dan pekerja Maybank.

SUMBER:

Facebook Rasmi Maybank


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI