PDRM Merancang Menahan Atau Menangkap Mereka Yang Berada Di Luar Rumah Tanpa Alasan Sah Adalah Palsu

TULAR:
4180

SEBENARNYA:

Terdapat mesej tular mendakwa kononnya pihak polis akan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Restriction Order) dari jam 8 malam ini dan meminta semua orang untuk tinggal di dalam rumah.

Mesej tular itu mendakwa bahawa mereka yang berada di luar rumah tanpa alasan boleh ditahan di bawah Akta Penyakit Berjangkit.

Mesej itu juga mendakwa bahawa mereka yang tidak memakai topeng semasa sekatan jalan raya akan dikenakan denda RM200 serta-merta.

Menurut pihak Astro Awani, pihak @PDRMsia mengesahkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan seperti mesej yang tular melalui aplikasi Whatsapp ini.

SUMBER:

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI