Tesco Kajang Dan Setia Alam Tutup Bagi Tujuan Disinfeksi Kerana Kakitangan Disahkan Positif COVID-19 Adalah Palsu

TULAR:
1277

SEBENARNYA:

Menurut pihak Tesco, berita tersebut adalah palsu dan tidak benar.

Pihak Tesco menyatakan bahawa kesemua 60 cawangan Tesco beroperasi seperti biasa dan tiada laporan berkaitan jangkitan Covid-19 terhadap kakitangan mahupun pelanggan mereka.

Pihak Tesco juga menyatakan bahawa mereka sentiasa melakukan pembersihan terhadap kedai-kedai serta disinfeksi pada troli dan peralatan untuk memastikan keselamatan para pelanggan dan kakitangan Tesco.

SUMBER:

Facebook Rasmi Tesco Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI