KBS Tidak Pernah Memberi Kelulusan Penyertaan Warganegara Israel

TULAR:
441

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Kementerian Belia dan Sukan (KBS):

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ingin memaklumkan bahawa pihak Kementerian tidak pernah dan tidak akan memberi sebarang kelulusan penyertaan warganegara Israel ke dalam sebarang kejohanan sukan termasuklah Kejohanan Badminton Malaysia Open 2021 yang telah pun ditangguhkan.

Pihak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) juga sedia maklum mengenai perkara ini dan telah disampaikan kepada pihak Federasi Badminton Dunia (BWF).

Pihak BAM juga telah menjelaskan bahawa jadual perlawanan ‘draw’ yang telah dikeluarkan oleh pihak BWF tidak pernah diluluskan oleh pihak BAM mahupun KBS untuk tujuan kemasukan ke Malaysia.

YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan menegaskan bahawa ia merupakan syarat yang telah lama terpakai selari dengan dasar luar negara.

“Saya juga sentiasa mengingatkan bahawa semua kelulusan penganjuran kejohanan sukan antarabangsa oleh KBS melalui Pesuruhjaya Sukan adalah tertakluk kepada dasar luar negara, ini termasuklah larangan penyertaan atau penglibatan dari negara Israel tanpa sebarang kompromi” tambah beliau lagi.

Sehubungan itu, KBS ingin menafikan sebarang dakwaan bahawa pemain Israel telah diberi kebenaran menyertai Kejohanan Badminton Malaysia Open seperti mana yang tular di media sosial.

SUMBER:

Facebook Rasmi KBS
Facebook Rasmi BAM
Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI