KDN Tidak Pernah Mengeluarkan Sebarang Perakuan Pelantikan Mana-Mana Syarikat Bagi Menguruskan Pekerja Asing

TULAR:
1190

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Kementerian Dalam Negeri (KDN):

KDN telah mengesan penyebaran perakuan palsu mengenai pelantikan syarikat pengurusan pekerja asing di seluruh Malaysia menggunakan nama Ketua Setiausaha KDN.

Ingin ditegaskan bahawa maklumat ini adalah palsu.

Untuk makluman, KDN tidak pernah mengeluarkan sebarang perakuan pelantikan mana-mana syarikat bagi menguruskan pekerja asing. Orang ramai diingatkan supaya tidak membuat sebarang bentuk pembayaran kepada mana-mana pihak yang mendakwa menguruskan pendaftaran atau program melibatkan warga asing.

SUMBER:

Facebook Rasmi KDN


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI