Kelantan Beri Kebenaran Syarikat Kutip Wang Bagi Projek Karbon?

TULAR:
225

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa kerajaan Kelantan memberi kebenaran kepada satu syarikat bagi mengutip wang daripada orang ramai bagi melaksanakan projek perdagangan karbon di negeri itu.

Sumber gambar: World Watch.

SEBENARNYA :

Kerajaan Kelantan dalam satu kenyataan berkata mereka tidak pernah mengarahkan atau memberi kebenaran kepada mana-mana syarikat termasuk Syarikat Climate Protector Sdn Bhd untuk mengutip wang daripada orang ramai bagi melaksanakan projek perdagangan karbon di negeri itu.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata sehubungan itu, sesiapa yang pernah membuat pembayaran berkaitan projek itu diminta membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan.

“Ini kerana terdapat dakwaan bahawa kerajaan negeri mengutip wang haram dalam mengendalikan projek itu sebagaimana yang disebarkan pihak tertentu melalui media sosial,” katanya dalam satu kenyataan.

SUMBER :

Bernama

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI