Kes COVID-19 Di Bandar Seri Alam, Masai, Johor Adalah Tidak Benar

TULAR:
2791

SEBENARNYA:

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ):

Jabatan Kesihatan Negeri Johor ingin membuat penafian kenyataan viral yang telah tersebar melalui media sosial berkenaan terdapat kes COVID-19 di bandar Seri Alam.

JKNJ memaklumkan berita tersebut adalah tidak benar sama sekali. Orang awam diminta tidak menyebarkan viral yang tidak sahih ini kerana ianya akan mengakibatkan situasi panik di kalangan masyarakat.

Viral tersebut juga menunjukkan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah pada seorang kontak pesakit COVID-19. Untuk makluman dalam pengurusan penyakit COVID-19, jika seseorang yang berhubung rapat dengan pesakit COVID-19 dan tidak mempunyai gejala penyakit, ia dikategorikan sebagai kontak dan bukan sebagai pesakit COVID-19 dan perlu menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi tujuan mencegah dan mengawal penularan jangkitan. Ianya selaras dengan Seksyen 15(1), Akta Pencegahan dan Pengawalan Pneyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI